Faculty of Computer Science and Mathematics

Majlis Anugerah Pelajar PPKK 2018

Majlis Anugerah Pelajar (MAP) Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) telah diadakan pada 10 November 2018 yang lalu bertempat di Dewan Batu Bersurat, Muzium Negeri Terengganu. MAP ini merupakan kali ketiga diadakan sejak penstrukturan semula daripada Fakulti kepada Pusat Pengajian pada tahun 2013. MAP telah diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMT ke 16 pada tahun 2018 ini, maka dengan itu PPKK turut bersama-sama meraikan serta memeriahkan majlis tersebut dengan penganjuran majlis ini.

MAP PPKK tahun 2018 ini diadakan bagi menghargai pencapaian para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bagi sesi 2017/2018 serta menghargai pelajar yang akan bergraduat pada konvokesyen ke-16 Universiti Malaysia Terengganu. Penerima anugerah pada tahun 2018 dibahagi kepada 4 kategori iaitu Anugerah Pelajar Pascasiswazah, Anugerah Sijil Dekan kepada pelajar yang memperolehi purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 3.50 dan ke atas untuk semester I & II (2017/2018), Anugerah Akademik Terbaik kepada pelajar yang memperolehi keputusan akademik terbaik sepanjang pengajian beliau dan Anugerah Utama iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang yang dinilai berdasarkan pencapaian akademik, ko-kurikulum, kepimpinan dan penglibatan aktif dalam persatuan atau kelab.

Adalah diharapkan pengiktirafan seumpama ini akan membantu meningkatkan lagi motivasi serta dapat memberikan perangsang agar seluruh pelajar PPKK lebih maju dan berjaya dalam bidang masing-masing. Berikut adalah gambar kenangan yang sempat dirakam ketika majlis berlangsung.

Ucapan aluan YBhg Dekan PPKK
Graduan bersama ibu bapa
Barisan pelajar yang menerima anugerah

Ahli akademik yang turut sama meraikan pelajar dan graduan

Share the Post:

Artikel Berkaitan