Faculty of Computer Science and Mathematics

Prospek Kerja

Program ini sesuai ditawarkan memandangkan perkembangan pesat yang berlaku dalam industri maritim. Berikut menunjukkan beberapa keperluan dalam kerjaya teknologi maritim.

  1. Penubuhan Program Sarjana Sains Gunaan (Teknologi Maritim) adalah selaras dengan era globalisasi dan perkembangan perindustrian maritim. Justeru untuk memastikan pelajar daripada program ini mahir dalam industri maritim, program ini telah menekankan penerapan ilmu berkaitan dengan teknologi pelabuhan, teknologi perkapalan, industri berasaskan perkapalan, pembinaan kapal, baikpulih kapal dan lain-lain.
  2. Industri maritim seperti pembinaan kapal bukan sahaja memerlukan seseorang pekerja berpengetahuan malah memerlukan kemahiran dalam melakukan kerja. Justeru itu, untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri, program yang ditawarkan ini telah dirangka supaya pelajar terdedah dengan ujikaji dan praktikal.
  3. Jumlah kapal yang singgah di pelabuhan Malaysia kian meningkat dari tahun ke tahun akibat dari perkembangan ekonomi yang pesat. Pekembangan ini
    dilihat telah menyebabkan banyak hidupan-hidupan laut di sekitar pelabuhan Malaysia mulai pupus, seperti dugong. Justeru, program ini juga dirangka untuk melahirkan graduan yang bukan mementingkan pembangunan dalam sektor maritim sahaja, malahan juga peka terhadap kerbertanggungjawaban sosial seperti pencemaran.
  4. Industri maritim, terutamanya perkapalan sememangnya terdedah dengan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa. Justeru itu, penekanan nilai, sikap dan profesional adalah adalah sangat penting dan penekanan di dalam program amat dititikberatkan.
  5. Dalam mana-mana industri sekalipun, komunikasi dan kerja berpasukan adalah asas dalam pergaulan dan perniagaan. Program ini telah direkabentuk supaya semua graduan dapat berhubung dengan masyarakat luar dengan lebih berkesan.
  6. Program ini melahirkan graduan yang dapat menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran sains, teknologi dan kejuruteraan selaras dengan dasar kerajaan. Para graduan dapat mengembangkan ilmu secara kreatif dan inovatif menerusi penyelidikan untuk menerajui industri maritim.
  7. Pembangunan, pengurusan teknologi dan sumber manusia dapat memberi pulangan yang besar kepada Industri Maritim. Ini dapat dilihat dari perkembangan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. Justeru program ini memberi penekanan dalam aspek pembangunan, pengurusan teknologi dan sumber manusia kepada para pelajar.
  8. Penggunaan pengurusan maklumat dan kemahiran sepanjang hayat adalah asas kerjaya. Program ini telah direkabentuk supaya semua graduan sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi dan keperluan semasa industri.
  9. Kerjaya dalam program ini melibatkan peluang pekerjaan di dalam agensi kerajaan dan swasta terutama yang telibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri maritim. Graduan boleh berkhidmat sebagai jurutera marin, arkitek naval, juru teknologi, pensyarah di universiti, politeknik, matrikulasi, kolej swasta atau guru, pegawai penyelidik/ pegawai sains (Institut Penyelidikan) dan lain-lain lagi.
Share the Post:

Artikel Berkaitan