Faculty of Computer Science and Mathematics

Prospek Kerja

Program ini sesuai ditawarkan memandangkan perkembangan pesat yang berlaku dalam industri maritim. Berikut menunjukkan beberapa keperluan dalam kerjaya teknologi maritim.

  1. Penubuhan Program Sarjana Sains Gunaan (Teknologi Maritim) adalah selaras dengan era globalisasi dan perkembangan perindustrian maritim. Justeru untuk memastikan pelajar daripada program ini mahir dalam industri maritim, program ini telah menekankan penerapan ilmu berkaitan dengan teknologi pelabuhan, teknologi perkapalan, industri berasaskan perkapalan, pembinaan kapal, baikpulih kapal dan lain-lain.
  2. Industri maritim seperti pembinaan kapal bukan sahaja memerlukan seseorang pekerja berpengetahuan malah memerlukan kemahiran dalam melakukan kerja. Justeru itu, untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri, program yang ditawarkan ini telah dirangka supaya pelajar terdedah dengan ujikaji dan praktikal.
  3. Jumlah kapal yang singgah di pelabuhan Malaysia kian meningkat dari tahun ke tahun akibat dari perkembangan ekonomi yang pesat. Pekembangan ini dilihat telah menyebabkan banyak hidupan-hidupan laut di sekitar pelabuhan Malaysia mulai pupus, seperti dugong. Justeru, program ini juga dirangka untuk melahirkan graduan yang bukan mementingkan pembangunan dalam sektor maritim sahaja, malahan juga peka terhadap kerbertanggungjawaban sosial seperti pencemaran.
  4. Industri maritim, terutamanya perkapalan sememangnya terdedah dengan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa. Justeru itu, penekanan nilai, sikap dan profesional adalah adalah sangat penting dan penekanan di dalam program amat dititikberatkan.
  5. Dalam mana-mana industri sekalipun, komunikasi dan kerja berpasukan adalah asas dalam pergaulan dan perniagaan. Program ini telah direkabentuk supaya semua graduan dapat berhubung dengan masyarakat luar dengan lebih berkesan.
Share the Post:

Artikel Berkaitan