Faculty of Computer Science and Mathematics

Terengganu Monsoon Challenge (TMC) 2018

Sekali lagi Terengganu Monsoon Challenge (TMC) 2018 telah diadakan di Duyong Marina Resort, Pulau Duyong pada 21-25 November 2018. Kejohanan ini merupakan penganjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) UMT dengan kerjasama Terengganu Windsurfing Association (TWSA), MSNT dan Persatuan Kejohanan Terengganu. Seramai 160 orang yang terdiri daripada 35 Pelajar IPT dan 125 pelajar Sekolah telah menyertai kejohanan ini. Di antara keunikan kejohanan ini ialah acara ‘Duyong Island Marathon Race’. Kejohanan ini telah dikendalikan oleh pegawai perlumbaan bertaraf dunia dengan dibantu oleh 40 pelajar PPKK. Melalui kerjasama ini, pelajar dapat mengaplikasikan undang-undang pelayaran seperti dipelajari di dalam kelas. Kejohanan telah berjaya menarik penyertaan pelayar dari IPTA, pelayar senior negara dan pelayar senior Singapura.

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan