Faculty of Computer Science and Mathematics

SKIM LATIHAN 1MALAYSIA – TENAGA NASIONAL BERHAD (*SL1M-TNB)

Date: 30-Nov-2018

Location: MY

Company: Tenaga Nasional Berhad

*SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA – TENAGA NASIONAL BERHAD

FASA 5 KUMPULAN 2 (PENGAMBILAN BULAN JAN/FEB 2019)

klik: https://jobs.tnb.com.my/job/SKIM-LATIHAN-1MALAYSIA-TENAGA-NASIONAL-BERHAD-%28SL1M-TNB%29/505815701/

Apa itu *SL1M-TNB?

  • Sebagai melaksanakan salah satu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia, TNB mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria-kriteria di bawah menyertai Program *SLIM-TNB di mana ini merupakan program latihan selama 6 bulan dengan pembelajaran teori softskills yang komprehensif dan latihan dalam kerja dalam pelbagai fungsi-fungsi perniagaan TNB dan di syarikat-syarikat penjana bebas yang terpilih.
  • Skim latihan ini bermatlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya.
  • Latihan softskills – 1 minggu di ILSAS (Bangi) & 5 bulan 3 minggu OJT (di stesen-stesen TNB seluruh Malaysia)
  • Kemasukan Januari/Februari 2019

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yang bersesuaian dengan bisness TNB)
  • PNGK 2.50 dan ke atas bagi semua bidang pengajian.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 28 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang masih belum mendapat  pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah, tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (kekangan utk jaga ahli keluarga),

 

Faedah Penyertaan

  • Elaun saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan cuti  sebanyak 6 hari sepanjang 6 bulan latihan.
  • Tertakluk di bawah Perlindungan Insurans sepanjang 6 bulan latihan.
  • Bayaran balik rawatan perubatan sehingga RM360 sepanjang 6 bulan latihan. Cuti MC 3 hari.

*Nama akan dipinda mengikut kelulusan semasa

Share the Post:

Artikel Berkaitan