Faculty of Computer Science and Mathematics

Program “Graduate Employability & Career Prospect By Entech & Maritime Alumni”

Pada 12 November 2016 yang lalu, PPKK telah menganjurkan satu program bersama alumni dan pelajar semasa yang dinamakan Program “Graduate Employability & Career Prospect By Entech & Maritime Alumni”. Program ini bertujuan memberi pendedahan kerjaya kepada Pelajar Tahun 3 dan 4 yang bakal bergraduat berdasarkan ceramah perkongsian pengalaman daripada Alumni yang menceburi dalam pelbagai bidang kerjaya mengenai cara pencarian pekerjaan, set kemahiran, sikap dan persediaan yang diperlukan untuk menceburi dalam pasaran kerja. Usaha telah dibuat untuk memohon alumni yang dijemput sebagai penceramah untuk mengadakan sesi temuduga atau pengenalan syarikat untuk pengambilan pelajar sebagai pekerja atau menjalankan latihan industri (LI). Program ini merupakan satu medium yang baik bagi pengumpulan maklumat alumni dan mencari peluang untuk mewujudkan hubungan kerjasama di antara pihak UMT dengan pelbagai sektor awam dan swasta seperti kolaborasi dalam bidang penyelidikan, mengenalpasti peluang menjalani latihan industri (LI) bagi pelajar tahun akhir, serta pendedahan peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan, sekaligus boleh meningkatkan kebolehpasaran graduan. Berikut adalah senarai alumni yang telah menyertai program ini:

ALUMNI ENTECH DAN TEKNOLOGI MARITIM SYARIKAT BERKENAAN
Dr. Lam Su Shiung Universiti Malaysia Terengganu
Encik Mahayuddin Bin Abdullah BASF Petronas Chemical Sdn. Bhd.
Encik Ahmad Syazuan Bin Mohd Sabri INSTEP, Terengganu
Puan Natrah Binti Jamaluddin Rotary Synergy
Encik Mohd Amirrudin Bin Jaafar SP Setia Management Sdn. Bhd.
Encik Hamdan Bin Mohd Kasa Sabah Marine Department Headquarters
Cik Mageswary D/O Sivanathan ISC Micro Precision Sdn. Bhd.
Encik Wan Mohd Adlan Bin Wan Mohamed Amin UPC Raflatac Sdn. Bhd.

Berikut adalah gambar gambar sepanjang program ini berlangsung:

15039580_1686068295036628_3111819736740532697_o
Upacara perasmian oleh Prof. Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh (Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan)

 

15002387_1686068465036611_5756853200165650285_o
Pelajar yang hadir untuk menimba ilmu dari alumni yang dijemput
15039626_1686068348369956_3148176116109511973_o
Auditorium 2 dipenuhi dengan pelajar tahun 3&4

 

15025669_1686068468369944_6971609238153204090_o
Salah seorang alumni sedang berkongsi pengalaman beliau kepada para pelajar

 

15003351_1686068415036616_1321346778680842833_o
Salah seorang alumni sedang berkongsi pengalaman beliau kepada para pelajar

 

15025276_1686068611703263_5941752537092841447_o-1
Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan sebelum program berakhir
Share the Post:

Artikel Berkaitan