Faculty of Computer Science and Mathematics

Penyertaan Pertandingan 3MT 2018

Dimaklumkan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT) akan mengadakan Pertandingan 3MT 2018 peringkat kebangsaan pada 10 Mei 2018 bertempat di UTP, Perak. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web yang dinyatakan. Pemilihan di peringkat pusat pengajian akan dijalankan dan pemilihan akan dimajukan ke peringkat UMT.

3 kategori yang akan dipertandingkan adalah Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Sains Sosial. Pertandingan di peringkat UMT akan dilaksanakan oleh Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dan pemenang bagi setiap kategori akan memenangi:

Pemenang pertama: RM500 dan sijil penyertaan
Pemenang kedua: RM300 dan sijil penyertaan
Pemenang ketiga: RM100 dan sijil penyertaan

Oleh itu, semua pelajar PhD PPKK adalah dialu-alukan untuk menghantar penyertaan kepada pusat pengajian dan maklumat tersebut hendaklah dihantar sebelum 8 Mac 2018.

Share the Post:

Artikel Berkaitan