Faculty of Computer Science and Mathematics

Pensyarah FTKKI rangkul emas dan perak di Pecipta 2019

Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 yang berlangsung selama 2 hari bermula 22 September 2019 di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganugerahkan 2 pingat emas dan 1 pingat perak kepada 3 projek yang dipertandingkan oleh pensyarah-pensyarah berbakat daripada FTKKI.

2 pingat emas yang dimenangi adalah:

1) Prof. Madya Ts. Dr. Lam Su Shiung

Tajuk projek: MVS: An integrated vacuum system for use in drying, desalination and waste-to-wealth applications

2) Ts. Dr. Rosmayati Mohemad

Tajuk projek: Ontology-based supporting tool for screening student with specific learning disabilities.

Manakala 1 pingat perak telah dimenangi oleh:

1) Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah

Tajuk projek: IC-SODIS: Intensified catalytic solar disinfection process for water purification in recirculating aquaculture system.

Secara keseluruhan, Sebanyak 12 projek yang dipertandingkan oleh para penyelidik UMT pada kali ini dan sebanyak 5 emas dan 7 perak telah berjaya dibawa pulang.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Kredit gambar: Media Kreatif UMT

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan