Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan telah menerima lawatan singkat dari Agensi Angkasa Negara, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
MESTECC diwakili oleh dua Pegawai Penyelidik; Puan Tengku Farah Wahida Ku Chik & Puan Asmaliza Zulkifli sebagai sebahagian daripada perbincangan mereka dengan Institut Oseanografi dan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.