Faculty of Computer Science and Mathematics

IWA,YWP USAHA TARIK LEBIH RAMAI KEAHLIAN

IWA,YWP USAHA TARIK LEBIH RAMAI KEAHLIAN

Oleh: Mohd Izham Mohd A. Wahid, PPKK

Satu taklimat daripada International Water Association (IWA) dan Young Water Professional (YWP) telah diadakan pada 19 November 2014 bertempat di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS). Taklimat ini telah dihadiri oleh pensyarah dan para pelajar siswazah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK).  Selain itu, beberapa orang pensyarah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) turut hadir dalam taklimat ini.

Dr. Norhayati Abdullah, Pensyarah Kanan, Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mewakili IWA dan YWP telah menyampaikan taklimat yang bertajuk “Memperkasakan Penglibatan Ahli Dalam IWA-YWP”. Beliau merupakan  merupakan ahli lembaga IWA yang beribu pejabat di London dan juga ahli Malaysia Water Association (MWA) serta telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama YWP-IWA cabang Malaysia.

Kehadiran beliau merupakan antara usaha mengadakan promosi ke seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menerangkan aktiviti – aktiviti yang dilakukan oleh IWA dan YWP termasuk menarik pendaftaran ahli baru daripada kalangan ahli akademik dan pelajar siswazah UMT. Selain itu, beliau turut menjemput penyertaan UMT ke “The 2nd IWA Malaysia Young Water Professionals Conference 2015” yang akan diadakan pada 17 – 20 Mac 2015.

IWA1

IWA2

IWA3

YWP15 postcard

Share the Post:

Artikel Berkaitan