Faculty of Computer Science and Mathematics

‘Graduate Employability & Carrer Talk By Entech Alumni’

Oleh: Nazaitulshila Rasit

 Program ini merupakan sebuah program tahunan yang dirancang sebagai medium perjumpaan di antara alumni dengan mahasiswa/mahasisiwi yang masih dalam pengajian (pelajar tahun 3 & 4) bagi Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) atau lebih dikenali sebagai ENTECH (Environmental Technology). Motivasi penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar ENTECH dengan membina dan memperkukuhkan hubungan bersama jaringan industri oleh alumni yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Pada tahun 2017, program ini telah diadakan pada 25 November dan 6 orang alumni ENTECH telah dijemput yang mempunyai latar belakang berbeza iaitu daripada sektor swasta, kerajaan dan usahawan. Berikut adalah latar belakang alumni:

1. Kenny Kwa Kian Min

Entech Sesi 2006-2010
Jawatan: Jurutera Alam Sekitar
Organisasi: Exxonmobil

2. Rohimah Ali

Entech Sesi 2005-2009
Jawatan: Eksekutif Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar
Organisasi: KLCC Projeks Sdn. Bhd.

3. Erewan Effendy Asnawi

Entech Sesi 2006-2010
Jawatan: Eksekutif Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar
Organisasi: Petronaa

 4. Nor Farzilla Abdullah Mohd Zawawi

Entech Sesi 2005-2009
Jawatan: Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Organisasi: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak

5. Shafik Husni

Entech Sesi 2002-2005
Jawatan: Pengarah
Organisasi: Train Aid Global Sdn. Bhd

 6. Ahmad Taufeq Wahab

Entech Sesi 2005-2009
Jawatan: Penolong Naib Presiden, Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar
Organisasi: Prasarana Rail & Infrastructure Projects Sdn. Bhd.

Pada sebelah pagi, kesemua alumni telah meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman masing-masing dan memberikan tips yang bermanfaat bagi para pelajar dalam menelusuri kerjaya selepas tamat belajar. Kemudian di sebelah petangnya telah diadakan satu sesi “mock interview” di mana para alumni telah menemuduga pelajar. Sesi ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar suasana temuduga apabila mereka telah bergraduat nanti. Sesi ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar apabila di akhir sesi alumni telah membuat penilaian dan memberi pandangan berkenaan apa yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dibuat ketika sesi temuduga sebenar.

Program ini telah mencapai objektifnya dan akan diteruskan di masa hadapan dengan alumni ENTECH lain yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing sebagai sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar.

#pusatpengajiankejuruteraankelautan

#ppkk

#UMTSohor

#SoaringUpwards

#ENTECH

#GenerasikuUMT

Share the Post:

Artikel Berkaitan