Faculty of Computer Science and Mathematics

Earth Week 2017

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Dalam era moden ini, kesedaran terhadap kepentingan mencintai alam semulajadi semakin mendapat perhatian ramai. Hal ini demikian kerana aktiviti-aktiviti bencana alam, pencemaran alam yang disebabkan oleh perbuatan manusia dan pembunuhan spesies haiwan-haiwan yang hampir pupus dengan berleluasa berlaku setiap hari di mana masyarakat perlu peka dengan isu dan permasalahan alam semulajadi yang melanda alam sekitar. Menyedari akan hal ini, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH) telah mengambil inisiatif mengadakan program “Earth Week” untuk membangkitkan rasa tanggungjawab di kalangan warga kampus dan masyarakat setempat terhadap kepentingan menmelihara alam sekitar.

Program “Earth Week 2017” ini telah berlansung sepanjang 23-30 September 2017 yang lalu di sekitar kampus UMT dan kawasan sekitar Kuala Terengganu. Objektif yang ingin dicapai ENTECH daripada program ini ialah untuk menghayati, melindungi dan menghargai alam semulajadi ciptaan Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti alam sekitar, membangkitkan rasa kebimbangan terhadap planet bumi serta mencari penyelesaian yang lestari untuk alam semulajadi yang lebih baik dan melahirkan warga kampus yang lebih sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlansung. Daripada keseluruhan aktiviti, sebanyak 60% daripada aktiviti yang dijalankan program telah diadakan di dalam kampus UMT dan sebanyak 40% aktiviti lagi dijalankan di kawasan sekitar. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

1.Green School Attack

Green School Attack ialah aktiviti yang melibatkan kesedaran terhadap alam semulajadi. Program ini melibatkan para 60 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Aktiviti ini berasaskan konsep “Explorace” di mana ada beberapa aktiviti yang akan dijalankan yang berkaitan dengan alam semulajadi. Objektif aktiviti ini ialah untuk menarik minat pelajar mengenai alam semulajadi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah kepada mereka. Selain itu, menambahkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sekolah rendah mengenai alam sekitar. Akhir sekali, memberi kesedaran mengenai penjagaan alam semulajadi Bumi pada setiap aktiviti yang dijalankan.

2. Film Screening

Film Screening adalah aktiviti tayangan filem yang berasaskan kesedaran alam sekitar. Tayangan ini terbuka kepada seluruh mahasiswa/mahasiswi UMT namun pihak penganjur akan selitkan satu peraduan ketika filem tersebut ditayangkan. Objektif aktiviti ini bagi membuka mata mahasiswa/mahasiswi tentang mesej yang ingin disampaikan oleh filem tersebut. Selain itu, bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran luas dan berfikiran bahawa filem bukan hiburan kosong semata-mata.

3. Pameran Hari Bumi 2017

Pameran ini diadakan sebagai satu platform di mana pengunjung akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu dan permasalahan alam sekitar. Pengunjung akan disajikan dengan maklumat dalam bentuk poster, brochure, video dan prototaip hasil kajian akademik mahasiswa/mahasiswi PPKK dan PPSMS.

4. Eco-bicycle Challenge

Aktiviti ini melibatkan wakil mahasiswa atau mahasiswi daripada semua Pusat Pengajian yang terdapat di Universiti Malaysia Terengganu. Permainan ini berasaskan konsep “Eco Explorace” di mana peserta akan berbasikal sepanjang pertandingan serta ada beberapa aktiviti yang akan dijalankan berkaitan dengan alam sekitar. Objektif aktiviti ini ialah untuk menarik minat pelajar mengenai alam sekitar dengan altiviti yang menyeronokkan. Seterusnya, memberi peluang untuk pelajar lebih mengenali persekitaran di Universiti Malaysia Terengganu.

5. Household waste collection

Aktiviti ini ialah untuk membuat kutipan barang barang terpakai dan yang boleh dikitar semula melibatkan kawasan perumahan dan kejiranan berhampiran dengan Univerisiti Malaysia Terengganu. Objektif aktiviti ini dijalankan supaya masyarakat umum lebih sedar akan kepentingan kitar semula. Selain itu, untuk mengurangkan pembuangan sampah sarap di kawasan sekitar perumahan. Akhir sekali, menggalakkan masyarakat umum untuk mempraktikkan amalan kitar semula di rumah pada bila-bila masa. Aktiviti ini melibatkan sukarelawan di kalangan ahli Kelab Teknologi Alam Sekitar.

6. Hari Apresiasi Bumi 2017

Hari Apresiasi Alam Sekitar merupakan majlis rasmi dan penutup sempena program Environment Week 2017 di Universiti Malaysia Terengganu. Antara intipati yang akan dijalankan pada Hari Apresiasi Alam Sekitar ialah :

Sketsa – Gabungan mahasiswa/mahasiswi Kelab Teknologi Alam Sekitar yang pasti memukau hati dan serta menusuk jiwa setiap tetamu yang hadir.

Puisidra : Persembahan puisi dan lagu berkaitan dengan kepincangan alam semulajadi gabungan Kumpulan ILHAM dan mahasiswa/mahasiswi Kelab Teknologi Alam Sekitar.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakam:

 

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan