Faculty of Computer Science and Mathematics

Beach Clean Up 2019 oleh pelajar pelajar ENTECH

Pada 23 Februari yang lalu, Program Beach Clean Up di Pantai Mengabang Telipot telah dijalankan dan disertai oleh 50 orang pelajar. Program ini merupakan program tahunan Kelab ENTECH yang dianjurkan pelajar tahun 1 Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dengan kerjasama Pantai Care Team. Pantai Care Team diketuai oleh En. Shafik Husni yang merupakan alumni ENTECH. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua ahli kelab Entech. Bagaimanapun matlamat utama adalah untuk mendidik pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan disamping gotong-royong adalah: senamrobik, boling kelapa, dodgeball, pijak belon dan CSR bottle bin.

Share the Post:

Artikel Berkaitan