Faculty of Computer Science and Mathematics

Wacana Ilmu Bersama Profesor Adjung PPKK

Bidang kejuruteraan kelautan merupakan antara bidang tumpuan yang menjadi keutamaan di dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan. Dalam usaha memperkasakan bidang Teknologi Maritim , PPKK telah menerima lawatan kerja daripada Profesor Adjung Nazery Khalid dari Boustead Heavy Industry Corporation Berhad pada 12 Mei 2019.

Sempena kehadiran Profesor Adjung Nazery Khalid, beliau telah menyampaikan syarahan kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) bagi berkongsi pengalaman dan idea serta memberi peluang kepada pelajar untuk didedahkan dengan industri maritim melalui perkongsian pengalaman beliau yang merupakan pakar dalam industri marin.

Pada sesi lawatan yang diadakan juga, turut diadakan perbincangan bersama pihak pengurusan PPKK dan pensyarah-pensyarah Teknologi Maritim bagi membincangkan tentang aktiviti PPKK dan industri, idea tentang cabaran, halatuju dan tindakan untuk membangun dan mengembangkan program maritim PPKK dengan rakan industri. PPKK juga mensasarkan agar perbincangan dua hala bersama Profesor Adjung ini dapat menjadi medium yang bakal memberi lebih banyak peluang kepada penyelidik muda yang masih memerlukan bimbingan dan mentor yang mempunyai pengalaman serta jaringan kerja yang luas dengan agensi kerajaan dan swasta dalam dan luar negara. Usaha ini selari dengan hala tuju PPKK untuk muncul sebagai pusat pengajian yang ulung dalam bidang Kejuruteraan Kelautan.

Share the Post:

Artikel Berkaitan