Seramai 6 orang pelajar Sarjana Muda Sains Teknologi (Alam Sekitar), Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan telah menyertai “5th International Biotechnology Competition & Exhibition 2019” yang diadakan di UTM Skudai, Johor. Pertandingan dan pameran yang berlangsung selama dua hari pada 5 hingga 6 April 2019 adalah terbuka kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi. UMT merupakan salah satu daripada 41 pasukan pelajar dari dalam dan luar negara yang menyertai pertandingan tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar pra-siswazah universiti dalam dan luar negara mempertandingkan hasil penyelidikan, sekaligus menjadi medium untuk mempamerkan hasil invosasi penyelidikan masing-masing.