PPKK telah menerima seorang pelajar sangkutan mobiliti inbound dari Jabatan Biologi, Universita Degli Studi Di Napoli Federico II (UNINA), Itali. Pelajar tersebut, iaitu Gennaro Velotto akan menjalankan aktiviti persampelan ikan di sekitar pantai timur bawah seliaan Dr. Mohammad Fakhratul Ridwan bin Zulkifli. Beliau akan berada di UMT bagi tempoh 2 April 2019 – 7 Mei 2019.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tempoh di UMT, antaranya kajian mengenai ikan tempatan, perkongsian ilmu mengenai biodiversiti dan bioinformatik protokol. Program mobiliti inbound ini adalah hasil dari kerjasama melalui pemeteraian Letter of Intent yang telah ditandatangani di antara PPKK dan UNINA di pada Februari yang lalu.