Faculty of Computer Science and Mathematics

Perbincangan kerjasama PPKK – Nahrim

PPKK berbesar hati menerima lawatan kerja dari Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) pada 3 April 2019. NAHRIM yang diwakili oleh YBrs Ir Hj Mohd Fauzi Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM dan Ir Hj Mohd Radzi Abdul hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi mengadakan perbincangan bersama Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) bagi membincangkan kerjasama yang bakal dilaksanakan, antaranya penggunaan makmal di NAHRIM untuk kerja-kerja permodelan fizikal penyelidik serta pelajar siswazah PPKK.

Projek terdekat yang akan menggunakan konsep usaha sama adalah design of Cylindrical Floating Breakwater Shoreline Coastal Protection yang diketuai oleh Prof Madya Ir Dr Mohammad Fadhli Ahmad dan dibantu oleh penyelidik bersama iaitu Prof. Dato’ Dr Nor Aieni Hj Mokhtar, Prof Madya Ir Dr. Eng. Ahmad Fitriadhy, Dr Mohd Sofiyan Sulaiman dan Prof Ir Dr. Ahmad Jusoh.

Selepas sesi perbincangan dan taklimat, wakil NAHRIM dibawa melawat ke tapak pemecah ombak sedia ada dan dibawa melawat ke sekitar kampus UMT. Semoga kerjasama ini bakal membawa NAHRIM dan UMT ke peringkat yang lebih tinggi.

Share the Post:

Artikel Berkaitan