Faculty of Computer Science and Mathematics

Pelajar PPKK menang 1 emas, 2 gangsa di I-RIA 2019

Tahniah diucapkan kepada 3 orang pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim), Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan yang telah memenangi anugerah sempena penyertaan di Innovative Research, Invention and Application (IRI-A) Exhibition yang berlangsung pada 29 hingga 30 April 2019 di Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Bertemakan “Nurturing Creativity, Humanizing Technology”, I-RIA 2019 merupakan medium terbaik bagi pencipta, pereka dan usahawan dari kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti untuk mempromosikan hasil ciptaan, idea, prototaip, produk, dan rekabentuk kepada pelabur, pengedar dan rakan industri. Hubungan ini membantu kedua-dua pihak bekerjasama khususnya dalam aktiviti pengkomersilan teknologi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penyertaan I-RIA 2019 kali ini membuahkan hasil apabila sekumpulan pelajar tahun 3 dari program Teknologi Maritim berjaya memenangi 1 emas dan 2 gangsa. Projek ‘An Innovative Design of A Floating Jetty Through Reducing Intact Water-Plane Area’ telah berjaya mendapat anugerah emas. Dua lagi projek telah dianugerahkan pingat gangsa, iaitu ‘Innovative Design of Trim Tabs to Enhance seakeeping performance of a high-speed craft’ dan ‘Design of A Hydrofoil towards Better Seakeeping Performances’.

PPKK mensasarkan lebih banyak penyertaan pada masa-masa akan datang bagi memberi lebih banyk peluang kepada pelajar dalam menonjolkan bakat dalam aspek inovasi dan penciptaan.

Share the Post:

Artikel Berkaitan