Pada 18 Februari 2020 (Selasa)
kumpulan penyelidik rawatan efluen industri akuakultur, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan & Informatik (FTKKI) bersama pelajar-pelajar latihan industri dari Aeres University of Applied Sciences, The Netherlands telah mengadakan mesyuarat perbincangan bersama iSHARP Sdn Bhd di Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu Setiu, Terengganu.
Mesyuarat bermula dengan perbincangan dua hala bagi mendapatkan pendedahan berkenaan pengolahan sebatian ammonia dari segi sebagai sumber penjana dan jumlah beban pencemar(pollutan load) beserta kaedah kawalan/proses rawatan nitrifikasi/denitrifikasi yang terlibat di dalam kolam penternakan akuakultur.
Pengurus Besar iSHARP Sdn Bhd, En Nazrul Fadhlee bin Mahmud Zuhodi beserta staff teknikal iSHARP telah memberikan penerangan mengenai Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu, proses penternakan udang, sistem yang digunakan serta proses rawatan sisa air daripada setiap kolam ternakan udang.
Lawatan ini telah memberikan pengalaman yang berguna dalam penyelidikan di samping membina hubungan kerjasama antara UMT dan iSHARP Sdn Bhd.
[metaslider id=”14707″]