Faculty of Computer Science and Mathematics

Kejohanan Tenpin Bowling dan Majlis Apresiasi 2019 PPKK

Buat julung-julung kalinya, PPKK telah mengadakan Kejohanan Tenpin Bowling dan Majlis Apresiasi 2019 pada 30 April 2019 bertempat di Coral Crown Bowl di Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu.

Kejohanan yang diadakan adalah bagi menyahut saranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMT yang menekankan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui pelbagai aktiviti antaranya aktiviti sukan. Di samping itu, kejohanan ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan warga PPKK di dalam acara sukan sebagai satu amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Seterusnya, aktiviti ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga PPKK.

Usai kejohanan tenpin bowling selesai, Majlis Apresiasi 2019 diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan warga PPKK sepanjang tahun 2019. Majlis ini juga diadakan khusus bagi menghargai seorang staf yang bersara pada tahun 2019, iaitu Encik Fadzil Mat Noh. PPKK melihat majlis ini sebagai satu medium yang dapat menyuntik semangat positif dan boleh dijadikan sebagai pendorong kepada staf untuk terus berusaha dalam memberi perkhidmatan yang terbaik serta komitmen yang tinggi dalam menyumbang kecemerlangan PPKK. Di samping itu, program seperti ini dapat mempererat ukhwah sesama warga PPKK dan mewujudkan semangat positif dalam pekerjaan.

“PPKK mengharapkan semua staf dapat meningkatkan momentum dalam perkhidmatan, khususnya kepada ahli-ahli akademik PPKK, untuk terus aktif dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan aktif dalam aktiviti penyelidikan tanpa meminggirkan hubungan bersama komuniti” ujar YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. Fadhli Ahmad, Dekan PPKK dalam ucapan beliau di Majlis Apresiasi 2019 PPKK.

Share the Post:

Artikel Berkaitan