3 November 2019 | Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) mengadakan program Industry in the Classroom yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia. YBhg. Dato’ Sri Dr. Uzir menyampaikan syarahan yang bertajuk Statistik IR 4.0. Seramai 300 orang pelajar FTKKI telah hadir pada syarahan yang diadakan. Turut hadir di majlis syarahan ini ialah Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu, pegawai-pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai Kanan UMT.
FTKKI berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia untuk berkongsi pengalaman bersama para pelajar.