Disediakan oleh: Dr. Wan Salida Wan Mansor dan Cik Nur Anis Nadirah Binti Mohd Raduan
Pada 31 Mac 2019 yang lalu, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH), Universiti Malaysia Terengganu telah mengadakan Program Hari Alam Sekitar 2019 di Dewan Sultan Mizan, UMT. Program in telah dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali (Timbalan Naib Canselor HEPA). Ia telah disertai oleh 153 orang pelajar UMT, para pensyarah UMT dan juga pelajar-pelajar serta guru-guru dari sekolah berdekatan (Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud – 30 orang; SBPI Batu Rakit – 15 orang dan SK Institut Pendidikan Guru – 10 orang). Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut ialah; pameran-pameran berkaitan alam sekitar diadakan oleh Pusat Pendidikan Alam Sekitar Eco Care Kerteh dan juga pameran penyelidikan oleh para pensyarah Program Teknologi Alam Sekitar.
Selain itu aktiviti indoor dan outdoor games (quizlet, eco fun board games, pandora box dan 2 min zero waste presentation) dijalankan untuk para pelajar sekolah. Aktiviti recycling, collection and unwanted cloth juga diadakan. Aktiviti yang terakhir adalah Forum ‘Zero Waste’ yang dikendalikan oleh MPP Exco Akademik sebagai moderator manakala para panelis terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Lam Su Shiung (PPKK), Prof. Madya Dr. Nor Azman Kasan (PPSA), Dr. Ma Nyuk Ling (PPSA) dan Cik Nurliyana Mohd Shuhairi (pelajar PhD PPKK).
Program ini diharap menjadi sebuah program yang akan memberi impak dalam melestarikan kampus UMT dan kawasan komuniti yang berdekatan. Dalam era moden ini, kesedaran kepentingan mencintai alam semulajadi semakin tidak mendapat perhatian ramai. Hal ini demikian kerana aktiviti-aktiviti pencemaran alam yang disebabkan oleh perbuatan manusia dan tanpa kita sedar ianya mengancam kesejahteraan hidup manusia itu sendiri setiap hari. Oleh yang demikian, masyarakat dan pelajar perlu peka dengan isu dan permasalahan alam semulajadi yang melanda alam sekitar. Oleh itu, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH) berasa terpanggil untuk membangkitkan rasa tanggungjawab di kalangan warga kampus dan komuniti setempat terhadap alam sekitar.
Kesimpulannya, program telah berjaya dijalankan dengan sempurna selama sehari dengan sokongan daripada ahli-ahli kelab dan juga pelajar Universiti Malaysia Terengganu. Pelajar-pelajar sekolah juga dapat memperolehi ilmu dan pendedahan tentang kepentingan alam sekitar justeru dapat melahirkan generasi hijau dan sihat pada masa hadapan.