Faculty of Computer Science and Mathematics

Gotong royong perdana PTJ (Peringkat PPKK) – Universiti bebas denggi

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) telah mengadakan gotong-royong peringkat PTj pada 15 April 2019 (Isnin). Hampir 50 orang warga PPKK yang terdiri dari pensyarah dan pegawai sokongan akademik telah menyertai gotong-royong yang diadakan. Gerak kerja gotong royong kali ini adalah bertujuan mencari dan memusnahkan bekas-bekas takungan air yang boleh membiak jentik-jentik di sekitar luar dan dalam bangunan. Antara kawasan yang terlibat adalah di sekitar Bangunan Sains Nautika dan sekitar makmal-makmal PPKK. Kesedaran di tempat kerja ini juga diharapkan dapat dibawa ke kawasan kejiranan masing-masing agar memastikan bukan sahaja UMT, tapi semua kawasan adalah BEBAS AEDES! 

Share the Post:

Artikel Berkaitan