Faculty of Computer Science and Mathematics

Arunkumar, pelajar PPKK dianugerahkan sebagai pembentang terbaik di CORIC 2019

Dua orang pelajar dari program Elektronik dan Instrumentasi, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, iaitu saudara Arunkumar Subramaniam dan saudari Nordiyana Mohd Izan merupakan antara 4 penyertaan UMT dalam Community Research & Innovation Competition (CORIC) 2019. Penyertaan pelajar PPKK ini telah mewakili UMT dalam CORIC yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 April 2019 bertempat di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Dalam pertandingan ini, Arunkumar di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Salisa Abdul Rahman telah dianugerahkan BEST PRESENTER sempena CORIC 2019.

Konsep CORIC pada kali ini ialah ‘The Power of Idea : 17 Goals for Communities’. Dipetik dari perhimpunan umum United Nation pada tahun 2015, Sustainable Development Goals(SDGs) mensasarkan untuk menyatukan tindakan secara global bagi menangani cabaran dunia masa kini, iaitu dari kemiskinan dan kelaparan kepada kesamarataan dan keamanan.

Share the Post:

Artikel Berkaitan