Faculty of Computer Science and Mathematics

Bengkel Asas Dagangan Saham

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), telah menganjurkan Bengkel Asas Dagangan Saham pada 2 Jun 2026 bertempat di UMT-CGS East Coast Trading Center, UMT dan secara dalam talian.Bengkel ini telah disusun atur oleh Dr. Hassilah binti Salleh selaku Pengarah Program.Bengkel ini dikendalikan oleh Pakar Dagangan Saham Prof. Madya Dr. Safwan bin Mohd Nor daripada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT.

Objektikf penganjuran bengkel ini kepada Pelajar Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan), FSKM adalah mendedahkan asas-asas dagangan saham, analisis pasaran, dan strategi dagangan praktikal untuk membantu memahami pasaran kewangan masa kini.

Share the Post:

Artikel Berkaitan