Faculty of Computer Science and Mathematics

FSKM bersama Mahasiswa Baharu 2026/2027

Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UMT telah menerima seramai 455 pelajar baharu sesi 2026/2027 bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang melibatkan 4 program pengajian Bidang Sains Komputer dan 3 program pengajian Bidang Sains Matematik.

Program yang di laksanakan secara Hybrid melibatkan 4 lokasi yang menempatkan pelajar baharu, FSKM di DSJ, Makmal Al-Jazari 1, 2 dan Makmal Pengaturcaraan 1.Program yang bermula seawal jam 8:30 pagi itu dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi fakulti, para pensyarah, kakitangan sokongan, serta ratusan pelajar daripada pelbagai program pengajian.

Sesi pertama dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan Fakulti, Ybrs. Profesor Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam yang memperkenalkan barisan pengurusan FSKM dan disusuli dengan Taklimat Hal Ehwal Akademik Oleh Profesor Madya Ts. Dr. Rosmayati Mohemad, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), FSKM.

Sesi kedua program yang disusun di mulakan dengan pergerakan mahasiswa dan mahasiswi baharu mengikut program pengajian masing masing.Program berkenaan telah dikendalikan mengikut susunatur yang dirancang oleh Bidang Pengajian.

Share the Post:

Artikel Berkaitan