Majlis Apresiasi Fakulti Sains Komputer dan Matematik Tahun 2024 dan 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 24 Ogos bertempat di Dewan Seminar, UMTCC, UMT.Dengan tema majlis Hikayat Melayu, Majlis yang sederhana tetapi sangat bermakna buat Semua Warga FSKM, UMT
Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian cemerlang semua Warga FSKM bagi tahun 2024 dan 2025. Penganjuran MAS FSKM 2024 dan 2025 menjadi simbol penghargaan Fakulti kepada semua warganya terhadap dedikasi tinggi dalam memperkukuh budaya penyelidikan, pemindahan ilmu, penghasilan inovasi , penerbitan berimpak tinggi dan pengurusan Fakullti





