Faculty of Computer Science and Mathematics

Program Pemantapan Trigonometri

Program Pemantapan Trigonometri bersama sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah berjaya dilaksanakan di Makmal al-SAFA. Program ini melibatkan penyertaan daripada 22 buah sekolah dengan seramai 271 orang pelajar Tingkatan 3.

Program ini bertujuan meningkatkan penguasaan konsep asas trigonometri di peringkat menengah rendah, sekali gus mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap subjek Matematik Tambahan. Selain itu, ia juga diharap dapat menggalakkan pelajar untuk memilih aliran STEM A di Tingkatan 4 kelak.

Pihak fakulti merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, dan berharap usaha seperti ini dapat diteruskan bagi memupuk minat pelajar.

Share the Post:

Artikel Berkaitan