Faculty of Computer Science and Mathematics

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih En. Zolarman Muhammad

Assalamualaikum wbkt dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa hari ini (31 Julai 2025) merupakan hari terakhir Encik Zolarman Mohamad, Penolong Pendaftar Kanan (N12) (Memangku) (KUP), bertugas di Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UMT.

Beliau akan memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Alumni, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula 1 Ogos 2025.

Warga FSKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik Zolarman atas khidmat bakti, dedikasi serta komitmen cemerlang beliau sepanjang berada di fakulti ini.

Semoga beliau terus maju jaya dan diberikan kejayaan yang lebih gemilang dalam perkhidmatan di tempat baharu.

Share the Post:

Artikel Berkaitan