Seramai lima orang pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah terpilih untuk menjalani Latihan Industri selama dua bulan di Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST), Jepun, bermula 1 Ogos hingga 30 September 2025.
Mereka terdiri daripada empat pelajar Sains Komputer, iaitu Song Kai Xuan, Yong Chun Hao, Raja Muhammad Danial bin Raja Bidin, dan Ching Xiang Jie, serta seorang pelajar Matematik, Muhamad Noraiman Karami bin Rahim. Sepanjang tempoh tersebut, para pelajar akan mengikuti program Latihan Industri dan penyelidikan di bawah seliaan profesor JAIST di makmal masing-masing.
Penganjuran program ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan penuh pihak pengurusan, pensyarah, dan staf FSKM yang sentiasa memberikan komitmen tinggi. Para pelajar kini telah selamat tiba di Jepun dan diharapkan agar pengalaman ini memberi manfaat besar serta membawa kejayaan yang membanggakan.