Faculty of Computer Science and Mathematics

Program Joint Mobility Outbound di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Karim Riau (UIN SUSKA Riau)

Sebagai usaha meningkatkan bilangan pelajar mobility outbound, untuk tahun 2025, dua universiti, iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) Riau telah bersetuju untuk mengadakan program kerjasama Joint Mobility MATHLINK VENTURE 2025: UIN SUSKA RIAU-UMT OUTBOUND MOBILITY yang memfokuskan kepada bidang matematik dan pemodelan matematik. 

Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar bidang ilmu yang diperlukan dalam bidang matematik dan pemodelan merangkumi statistik, matematik analisis dan pemodelan matematik. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kemahiran visualisasi data dengan menggunakan perisian antaranya R, Excel, Python dan Maple yang akan digunakan untuk tugas akhir mereka. 

Melalui perbincangan dalam kumpulan kecil dan penerokaan semasa program berlangsung, para pelajar diharapkan dapat menghayati sekaligus mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dengan menyelesaikan permasalahan berkait dengan data dari dunia sebenar.

Share the Post:

Artikel Berkaitan