Faculty of Computer Science and Mathematics

12th ASEAN Workshop on Information Science and Technology (AWIST) 2024

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi tuan rumah bengkel antarabangsa 12th ASEAN Workshop on Information Science and Technology (AWIST) 2024. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim. Program tahunan yang diadakan secara bergilir-gilir ini diurusetiakan oleh Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UMT yang bertajuk “Sustainable Technology Innovations for Environmental Wellness”.
Bengkel antarabangsa ini berlangsung selama tiga hari bermula 11-13 Ogos 2024 di Dewan Persidangan 2 (DP2), UMT Convention Centre (UMTCC) dan juga di Pulau Redang secara hibrid.
Program kolaborasi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Japan Advancement Institute of Science and Technology (JAIST) dan Universitas Komputer Indonesia (UNIKOM) telah melibatkan seramai 47 orang peserta yang terdiri dari 28 orang warganegara Malaysia, 8 orang dari Indonesia, 7 orang dari Jepun dan 4 orang dari Uzbekistan.
AWIST 2024 menjadi satu platform yang baik kepada pensyarah dan penyelidik untuk berkongsi idea, menjalinkan kerjasama dan mengadakan perbincangan berkaitan pelbagai topik penting untuk memajukan pemahaman dan pelaksanaan teknologi mampan.
Turut hadir bersama adalah Dekan Fakulti Sains Komputer dan Matematik UMT, Professor Technologist Dr. Muhammad Suzuri Hitam, wakil daripada Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST), Prof. Dr. Hiroyuki Iida, wakil daripada Universitas Komputer Indonesia (UNIKOM), Dr. Hanhan Maulana, daripada dan wakil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya. Dr. Masnizah Mohd.
Share the Post:

Artikel Berkaitan