2 orang Mahasiswi dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah meramkamkan satu pencapaian yang membanggakan.Saudari Tan Jie Ying (S71172) merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim (SMSKdIM) dan Saudari Tan Boon Ching (S70978) adalah pelajar Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) (SMSMG). Kedua-duanya adalah pelajar semester ke-7 yang akan menjalani Latihan Industri di National Taiwan Ocean University (NTOU), Taiwan. Penempatan ini merupakan kesinambungan jalinan MoU antara UMT dan NTOU yang telah dimeterai sejak tahun 2017 melalui Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP). Staf yang bertanggungjawab untuk MoU ini adalah Prof. Madya Dr. Liew Hon Jung.