Faculty of Computer Science and Mathematics

Majlis MOU dan Pertukaran Pelajar UMT dan JAIST

Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah menadatangani MoU dan Perjanjian Pertukaran Pelajar antara Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UMT dan Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST), telah berjaya dilaksanakan di JAIST, Nomimachi, Ishikawa, Jepun pada 6 Nov 2025 yang disempurnakan oleh Prof. Terano Minoru, Presiden JAIST.

Majlis ini turut disaksikan oleh Prof Ts Dr Muhammad Suzuri Hitam yang turut bersama dalam menjayakan detik bersejarah ini bagi memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa diantara Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST). Dengan termetrai MOU dan Perjanjian Pertukaran Pelajar ini, Mahasiswa FSKM, UMT dapat menimba dan memperkukuhkan jaringan pembelajaran yang membantu menambah nilai bakal Graduan FSKM.

Share the Post:

Artikel Berkaitan