Faculty of Computer Science and Mathematics

Tahniah FSKM Memenangi Anugerah Kualiti , UMT

FSKM sekali lagi mencipta sejarah apabila Jawatankuasa Kualiti Fakulti Sains Komputer dan Matematik di nobatkan sebagai penerima Anugerah Kualiti UMT (Akademik dan Penyelidikan) 2025 sempena Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2025 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 21 Ogos 2025 (Khamis) di Dewan Sultan Mizan, UMT. Tahniah di ucapkan kepada Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Ts. Dr. Rosmayati binti Mohemad dan pasukanya di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Terengganu.

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan