Faculty of Computer Science and Mathematics

Pelajar SMSG (Elektronik & Intrumentasi) menang tempat pertama di IEEE Malaysia FYP Competition

Pelajar Program SMSG (Elektronik dan instrumentasi) Muhammad Safiy Sabril telah memenangi tempat pertama di pertandingan IEEE Malaysia Final Year Project (FYP) Competition di bawah Seksyen Underwater Robotics , Sensor & Instrumentation System. Projek beliau yang bertajuk “Performance study of light wave propagation in underwater optical wireless communication” ini diseliai oleh Dr Wan Hafiza Wan Hassan (penyelia utama), Dr Dilla Latiff (penyelian bersama) dan Dr Faezah Jasman (penyelia luar dari INOR, USM).

Dalam pertandingan tersebut terdapat 19 “technical tracks”, masing-masing ditaja oleh bahagian teknikal seksyen IEEE Malaysia. Pertandingan ini disokong oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia (JPT). Tahniah diucapkan.

Share the Post:

Artikel Berkaitan