Faculty of Computer Science and Mathematics

Program Lawatan Akademik, Penyelidikan Dan Kolaborasi Pascasiswazah UMT–USM 2026

Postgraduate Research Seminar and Motivations Session UMT-USM 2026 Kukuhkan Jaringan Akademik Dua Institusi

Pulau Pinang, 8 Mei 2026 – Persatuan Siswazah Informatik dan Sains Matematik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program Postgraduate Research Seminar and Motivations Session UMT-USM 2026 bertempat di Universiti Sains Malaysia. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 80 orang peserta termasuk 34 peserta daripada Universiti Malaysia Terengganu. Penasihat-penasihat bagi program ini adalah Dr. Ummu Atiqah Mohd Roslan dari UMT, Prof. Madya Dr. Md Yushalify Misro dan Prof Madya Dr Gan Keng Hoo dari USM.

Program ini menggabungkan pelajar siswazah dan pensyarah daripada bidang sains komputer dan matematik dari kedua-dua institusi, iaitu UMT dan USM. Penganjuran program ini bertujuan untuk menyediakan platform perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan dalam kalangan pelajar siswazah, di samping memperkukuhkan jaringan akademik dan kolaborasi penyelidikan antara kedua-dua universiti.

Selain itu, program ini turut bertujuan meningkatkan keyakinan pelajar dalam pembentangan akademik, memupuk budaya penyelidikan yang aktif serta memberikan motivasi kepada pelajar siswazah untuk terus cemerlang dalam bidang pengajian dan penyelidikan masing-masing.

Sebanyak 12 pembentangan siswazah telah diadakan sepanjang seminar ini, melibatkan enam pembentangan dalam bidang sains komputer dan enam pembentangan dalam bidang matematik. Para peserta berpeluang membentangkan hasil penyelidikan masing-masing serta menerima maklum balas daripada pensyarah dan penyelidik yang hadir.

Bagi kategori pembentangan terbaik, anugerah bagi bidang sains komputer telah dimenangi oleh Kelvin Lim Ching Wei dari USM, manakala kategori matematik pula dimenangi oleh Nazirul Hakim bin Yunsi dari UMT.

Program ini turut mendapat sokongan daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Graduate School UMT, Pusat Pengajian Sains Komputer USM serta Pusat Pengajian Sains Matematik USM.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium memperkasa budaya penyelidikan dan memperluas kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dalam bidang sains komputer dan matematik.

Share the Post:

Artikel Berkaitan