Faculty of Computer Science and Mathematics

Projek Dana Inovasi Sosial Dan Kajian Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi 2025

Marang, Terengganu | 18 Januari 2026 – Dana Kajian Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dimanfaatkan bagi menilai keberkesanan intervensi digital dalam memperkasa usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui peningkatan kemahiran pemasaran digital. Inisiatif bernilai RM45,100.00 ini melibatkan Koperasi Komuniti Cakna Wakaf Tapai Marang Berhad (TAPAi) sebagai komuniti sasar, dengan tumpuan kepada pengukuhan keupayaan digital, peningkatan keterlihatan pasaran serta kelestarian ekonomi usahawan OKU.
Usaha yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Noraida Haji Ali dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UMT ini dijangka menyumbang kepada pembangunan model intervensi digital yang lebih inklusif dan berimpak sosial, termasuk pembangunan laman sesawang perniagaan khas bagi menyokong pemasaran digital Koperasi Cakna Wakaf Tapai Marang (TAPAi).
Share the Post:

Artikel Berkaitan