Warga FSKM Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan debat Bahasa Inggeris FSKM, Piala Naib Canselor B yang telah berjaya menjadi Juara pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2025 yang berlangsung pada 6 Januari 2026 di UMTCC. Pasukan Debat FSKM yang dianggotai olej Saudara Haziq Irfan bin Azman, SMS (Komputeran Mudah Alih dengan kepujian, Saudara Muhammad Izzudin bin Muhammad Safiih, Saudara Muhammad Adam bin Kamarul Azman dan Saudara Mohamad Quwaidir dan Hasfree, SMS (Analitik Data), FSKM.
Saudara Muhammad Adam bin Kamarul Azman telah berjaya merangkul kejayaan sebagai Pendebat Terbaik Pusingan Akhir bagi kategori Debat Bahasa Inggeris Piala Naib Canselor 2025.Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk semua pelajar FSKM terus mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.