PELAJAR MATEMATIK GUNAAN UMT DILANTIK SEBAGAI DUTA SISWA BANK ISLAM (BIYA)
Saudari Nursyabani Binti Hamzah, pelajar Tahun 2 program Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) telah terpilih dan dilantik secara rasmi sebagai Bank Islam Youth Ambassador (BIYA).
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan memandangkan program BIYA merupakan platform berprestij yang menyasarkan mahasiswa berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin masa hadapan, selain memupuk celik kewangan dan nilai perbankan Islam dalam kalangan generasi muda.
Profil Pelajar:
Nama: Nursyabani Binti Hamzah
Program: Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan)
Tahun Pengajian: Tahun 2
Jawatan: Bank Islam Youth Ambassador (BIYA)
Kejayaan Nursyabani ini membuktikan bahawa pelajar bidang Sains Matematik bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan analitikal, malah mempunyai kualiti kepimpinan dan kemahiran insaniah yang tinggi sehingga mendapat kepercayaan institusi korporat terkemuka seperti Bank Islam.