Sekalung tahniah kepada pelajar Tahun 2 Kejuruteraan Perisian, Saudara Yong Chun Hao dari Program Sains Komputer, UMT , yang merupakan ahli pasukan KUL09 dari Malaysia yang muncul sebagai pemenang tempat ke-3 Ocean Hackathon Grand Finale ke-8 yang diadakan di Brest, Perancis pada 19 Disember 2023.
Pasukan ini terdiri daripada pelajar dari Universiti Asia Pasifik, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Terengganu dengan projek mereka bertajuk: : Advancing Management of Harmful Algal Blooms: A High-Performance Predictive Tool for Enhanced Prevention and Mitigation