Faculty of Computer Science and Mathematics

Wan Adibah mengungguli “PhD Best Project” sempena Student Research Day 2019

Tahniah diucapkan kepada saudari Wan Adibah Wan Mahari, pelajar pascasiswazah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan yang telah dianugerahkan “PhD Best Project” bagi kategori Engineering & Technology sempena Student Research Day (SRD) 2019 menerusi projek yang bertajuk “Microwave pyrolysis – an innovative pyrolyzer to transform waste into fuel”. Lebih menarik, Wan Adibah turut dianugerahkan “Vice Chancellor Champions Trophy” (Postgraduates).

SRD2019 yang berlangsung selama dua hari pada 20 hingga 21 Mei 2019 di Dewan Sultan Mizan merupakan program anjuran UMT yang menghimpunkan projek-projek tahun akhir pelajar pra siswazah dan pelajar pascasiswazah. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar UMT berkongsi hasil penyelidikan yang telah dijalankan kepada industri yang berkaitan serta menonjolkan aset universiti kepada komuniti.

Saudari Wan Adibah yang merupakan pelajar PhD dalam bidang Teknologi Kimia di bawah seliaan Prof. Madya Ts Dr Lam Su Shiung dijangka bakal menamatkan pengajian pada akhir tahun ini.

Share the Post:

Artikel Berkaitan