Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan telah mengadakan bengkel Sasaran Malaysia Research Assessment (MyRA) PPKK tahun 2019 pada 12 Mei 2019 bertempat di Makmal Simulasi, Bangunan Makmal Sains Nautika. Taklimat ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Tengku Sifzizul bin Tengku Muhammad, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMT.
Bengkel ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Ir Dr. Mohammad Fadhli Ahmad, Dekan PPKK bersama-sama Timbalan Dekan, Pengerusi Program dan ahli-ahli akademik PPKK. Bengkel MyRA ini bertujuan untuk memberi lebih pemahaman kepada warga PPKK, khususnya ahli akademik berkaitan kriteria dan elemen MyRA seterusnya memberi maklumat secara lebih jelas bagi memastikan kecemerlangan penilaian prestasi ahli akademik memberi impak yang selari dengan KPI universiti, seterusnya membantu kecemerlangan UMT.