TAHNIAH diucapkan kepada Kumpulan Bioprocess dan Energy dari PPKK!
Kumpulan penyelidikan yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar), Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan telah menyertai International Innovation Creativity & Technology Exhibition 2019 (i2Create) yang diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Seramai 212 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi telah menyertai i2Create yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 hingga 14 April 2019.
i2Create juga disertai seramai 55 penyertaan luar Negara yang terdiri dari 14 buah Negara, antaranya Australia, Indonesia dan Hong Kong.
Penyelidikan berkaitan Eco Larvae dari PPKK telah berjaya menerima pingat emas dan Anugerah Khas bagi kategori Environment and Renewable Energy serta projek Fishgrow Biofriendly Fertilizer menerima 1 pingat emas manakala projek Modern Home Bioenergy menerima 1 pingat perak.
Penyertaan pelajar dari Program Teknologi Alam Sekitar dalam i2Create ini diharapkan dapat menyerlahkan bakat dan kemahiran pelajar bermula dari awal dalam melahirkan penyelidik masa hadapan. i2Create juga membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk menonjolkan potensi mereka dalam bidang inovasi dan perkongsian pengetahuan, khususnya untuk peluang masa depan generasi baharu.