PPKK telah berbesar hati menerima kunjungan daripada 36 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) bersama Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Penasihat Pelajar pada 14 April 2019. Turut serta dalam pertemuan yang diadakan, ialah Prof. Madya Dr. Mohamad Awang, Timbalan Dekan (Akademik dan HEP) PPKK. Para pelajar diberi taklimat ringkas tentang PPKK oleh Dr. Anuar Abu Bakar, Pengerusi Program Teknologi Maritim dan seterusnya dibawa melawat ke makmal-makmal PPKK. Antara makmal yang dilawati ialah Makmal Teknologi Maritim (CNC), Makmal Simulator dan Makmal Alam Sekitar dan Sains Bahan.