20 peserta Saintis Islam Kohort V telah melawat Full Mission Bridge Simulator di PPKK dan menjalani aktiviti simulasi pengawalan unit operasi kejuruteraan Kimia bersama pensyarah PPKK. Pensyarah yang terlibat adalah Dr Wan Rafizah Wan Abdullah dan Dr Wan Mariam Wan Muda. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada pengisian Modul 8 Teknologi dan Kejuruteraan, bagi program Saintis Islam anjuran PISM.


