Ekspedisi Udara Bersih 3.0 telah disertai oleh pensyarah dan pelajar bagi Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Turut bersama ekspedisi ini ialah 2 pensyarah dan 6 pelajar lelaki daripada Politeknik Sabak Bernam. Dr. Hjh Noor Zaitun Yahaya selaku pensyarah daripada PPKK, UMT telah mengetuai ekspedisi ini.
Selain daripada kerja-kerja persampelan yang dijalankan, peserta juga mengadakan lawatan ke Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Cameron Highlands.







