Tahniah diucapkan kepada pelajar PPKK daripada program SMT(Alam Sekitar) iaitu Nurfarrahani Azia Binti Abdul Hamid kerana telah layak terpilih untuk program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth (JENESIS 2018).
JENESIS 2018 merupakan program pertukaran pelajar universiti-universiti di Terengganu ke Universiti di Jepun.
Program ini telah mendapat tajaan Yayasan Diraja Sultan Mizan dan Kedutaan Jepun.
Selain dari saudari Nurfaraahani, 3 pelajar lain yang terpilih adalah daripada UNISZA, TATIUC dan UCB. Program pertukaran ini akan bermula pada 29 Januari 2019 dan berakhir pada 5 Februari 2019.