Faculty of Computer Science and Mathematics

PROKERJA 2018

24 November 2018

Prospek Kerjaya Alumni ENTECH 2018 atau PROKERJA 2018 telah dijalankan pada Sabtu yang lalu dengan menjemput 6 orang Ikon Alumni iaitu bekas pelajar Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dari pelbagai latar belakang kerjaya. Objektif utama program ini adalah untuk menyalurkan maklumat berkaitan peluang dan cabaran kerjaya kepada pelajar Tahun 3 dan 4 program SMT(AS) yang bakal bergraduat serta menyediakan medium perkongsian pengalaman oleh ikon jemputan. Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) PPKK iaitu Prof. Madya Dr. Mohammad Awang.

Ikon Alumni pertama adalah Dr. Sehnaz binti Sujak (batch 2004-2008) yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Alam Sekitar di Malaysia Environmental Services Sdn Bhd.

Ikon Alumni kedua adalah Mohamad Syafiq bin Samsuri (batch 2005-2009) kini bertugas di Pengurusan Air Selangor sebagai Ketua Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Buloh.

Ikon Alumni ketiga adalah Romi Hidayah Bin Zulbahri (batch 2005-2009) yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Wilayah bagi Malaysia Rail Link.

Ikon Alumni keempat ialah Dexter Jared Wennedy (batch 2007-2011) kini bertugas sebagai Pengurus Pengenalan Produk Baru di Brightstar Supply Chain.

Seterusnya, Ikon Alumni Nur Nadia binti Azman (batch 2008-2012) merupakan seorang Eksekutif Jabatan Kelestarian dan Kualiti di Kulim (Malaysia) Berhad.

Dan Ikon yang terakhir ialah Syarifah Nabilah binti Saiyid Hassan ( batch 2008 – 2012) yang kini berkhidmat dengan Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd sebagai Pegawai Alam Sekitar.

Tentatif PROKERJA 2018 telah dibahagikan kepada 3 sesi dimana sesi pertama menyaksikan Jerayawara Ikon Alumni. Pada sesi ini alumni berkongsi kisah kejayaan mereka dalam membina kareer selepas menamatkan pengajian di UMT. Sesi kedua ialah Sesi Ramah Mesra Pelajar bersama Alumni. Pada sesi ini, alumni ditempatkan di beberapa bilik interaktif secara selari dan pelajar dapat bertanya dan bermesra dengan lebih rapat dengan alumni mengikut bidang yang mereka minati. Kemudian, sesi terakhir ialah Mock Interview. Pada sesi ini, pelajar yang berminat untuk merasai pengalaman ditemuduga dapat melaluinya apabila ditemuduga oleh alumni. Pelajar juga mendapat pendedahan kaedah terbaik yang perlu atau tidak perlu dilakukan ketika ditemuduga. Di akhir program, pembahagian cenderamata penghargaan telah disampaikan oleh Pemangku Pengerusi Program SMT(AS) iaitu Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah.

Paling menarik pada program ini adalah pelajar dapat mewujudkan rangkaian dengan Ikon Alumni yang dijemput. Rangkaian ini amat penting bagi membuka peluang untuk penempatan Latihan Industri dan juga memohon pekerjaan bagi pelajar pelajar Entech.

PROKERJA merupakan acara tahunan yang sangat bermanfaat buat pelajar dan semoga ia dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan PPKK umumnya dan ENTECH khususnya.

#ppkksohor
#ppkk

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan