22 November 2018
Kursus Asas Keselamatan Laut, Navigasi Dan Pengendalian Bot untuk para nelayan, pemandu bot pelancong dan pemancing rekreasi telah berlangsung di Makmal Globel Maritime Distress And Safety Sistem (GMDSS LEB) PPKK, UMT. Kursus selama 2 hari ini merupakan antara program pemindahan ilmu kepada komuniti yang bertujuan memberi kesedaran berkaitan keselamatan di laut, menstrasformasi keselamatan pemandu/penumpang bot serta meminimakan kes kemalangan di laut.























